BANTUAN & MAKLUMAT

Email Newsletter

Maklumat Jam Tangan dan Panduan Operasi

Spesifikasi Jam Tangan

  • Ulasan daripada spesifikasi untuk setiap jam tangan, termasuk case, tali dan bahan gesper dan saiz yang tepat boleh didapati di laman web dalam keterangan jam.
  • Arahan dan cara untuk mengendalikan semua jam tangan, cara terperinci untuk membaca masa dan tarikh yang dipaparkan, cara menetapkan masa, tarikh dan lonceng (jika ada) dan bagaimana menjaga jam anda ada dalam Bahasa Jepun dan Bahasa Inggeris untuk setiap jam tangan. Manual juga boleh di download pada setiap halaman produk sebagai dokumen pdf.

∧ Kembali

Saiz Tali Jam Tangan

  • Keterangan saiz tali jam boleh didapati di laman web dalam setiap keterangan jam tangan. Saiz tali jam menunjukkan panjang yang maksimum dan boleh disesuaikan dengan ukuran yang lebih kecil.

∧ Kembali

Bagaimana tali saiz boleh disesuaikan?

  • Jika anda memerlukan tali yang lebih kecil, tali lebih besar atau link tambahan untuk jam tangan yang anda membeli melalui Tokyoflash Jepun, silahubungi kami. Kami mungkin mempunyai tali penggantian atau link tambahan yang tersedia dan kami boleh menghantar kepada anda tanpa bayaran tambahan.
  • Jika anda perlu menukarkan tali jam tangan anda atau membuka link dari jam tangan yang dibeli melalui Tokyoflash Jepun, kami menyarankan supaya anda membawanya ke kedai barang perhiasan atau pakar jam untuk penyesuaian. Tali baru boleh ditukar dan link boleh disesuaikan dengan cepat dan mudah dengan bayaran yang kecil.

∧ Kembali

Apakah jenis bateri jam tangan yang digunakan oleh Tokyoflash Jepun?

  • Semua jam tangan yang dijual oleh Tokyoflash Jepun menggunakan bateri standard yang terdapat di semua kedai barangan perhiasan atau pakar jam. Untuk mengetahui spesifikasi bateri untuk jam anda sila lihat manual arahan.

∧ Kembali

Berapa lama bateri jam tangan saya boleh bertahan?

  • Jangka masa bateri jam tangan anda akan bergantung pada jenis jam tangan. Untuk jam LED, itu akan bergantung pada seberapa sering anda menyalakan fungsi-fungsi yang digunakan dan butang yang ditekan, tetapi biasanya dapat bertahan antara sembilan dan dua belas bulan. Bateri untuk jam analogue dapat bertahan antara dua hingga lima tahun.
  • Apabila anda membeli jam dari Tokyoflash Jepun, bateri yang disediakan biasanya bertahan lebih pendek dari yang dinyatakan di atas kerana bateri dipasang dari kilang untuk tujuan ujian.

∧ Kembali

Bagaimana cara mengganti bateri?

  • Jika bateri jam anda habis dan anda mempunyai alat yang diperlukan dan bateri yang sesuai, anda boleh menukar kan sendiri.
  • Namun kami menyarankan supaya anda mengambil jam anda ke kedai barang perhiasan atau pakar jam untuk penggantian bateri. Semua jam menggunakan bateri standard yang terdapat di semua kedai barang perhiasan atau pakar jam dan bateri boleh digantikan dengan cepat dan mudah dengan bayaran kecil.

∧ Kembali

Manual operasi

  • Arahan operasi dengan cara terperinci untuk menetapkan masa dan tarikh, cara untuk membaca masa dan tarikh yang dipaparkan dan cara untuk menjaga jam tangan terdapat dalam Bahasa Jepun dan Bahasa Inggeris untuk semua jam tangan. Manuals juga terdapat untuk di download pada setiap produk sebagai dokumen pdf.

∧ Kembali

Bagaimana cara untuk menjaga jam tangan anda

Untuk memastikan supaya jam tangan anda dapat bertahan lebih lama, kami menyarankan cadangan berikut:

  • Jangan tekan butang di dalam air atau ketika ada kelembapan yang berlebihan di permukaan.
  • Elakkan pendedahan jangka panjang daripada suhu yang ekstrim dan pancaran sinar matahari kerana ini boleh menyebabkan perubahan pada warna permukaan jam.
  • Elakkan jam anda dari terjatuh atau menggunakan tekanan yang berat pada jam anda.
  • Jika lampu pada jam anda kelihatan semakin gelap, itu menandakan bahawa bateri anda perlu diganti. Bateri yang lemah atau sudah tidak berfungsi dan ditinggalkan dalam produk boleh merosakkan gerakan jam tersebut.

∧ Kembali

Adakah jam tangan yang dijual oleh Tokyoflash Jepun boleh kena air

  • Kebanyakan jam tangan yang dijual oleh Tokyoflash Jepun dapat bertahan dari air seperti 3ATM. Ini bermakna jam anda dilindungi daripada sedikit percikan air, keringat atau wap air. Secara umum, kami mengesyorkan supaya elakkan jam anda dari air. Jam yang dijual oleh Tokyoflash Jepun tidak bertahan air tidak boleh dimasukkan ke dalam air.
  • Jangan memakai jam anda untuk mandi, mencuci, berenang atau aktiviti air yang lain.
  • Kami menyarankan supaya anda tidak memakai jam ketika anda bermain sukan atau kegiatan yang menyebabkan peluh berlebihan.

∧ Kembali

Membersihkan jam anda

Untuk membersihkan jam tangan anda, kami mengesyorkan cadangan berikut:

  • Sila gunakan kain yang lembab dan lembut dan elakkan kelembapan di pembukaan.
  • Jangan gunakan bahan pembersih rumah, pelarut, semburan atau kimia yang kuat.

∧ Kembali