BANTUAN & MAKLUMAT

Email Newsletter

Pertukaran, Pulangan dan Pengembalian

Cara untuk mendapatkan pulangan dana atau pertukaran di Tokyoflash Jepun

  • Jika anda tidak berpuas hati dengan pembelian dari Tokyoflash Jepun, anda boleh kembalikan produk semula kepada kami untuk pertukaran atau pengembalian dana. Pilihanya terserah kepada anda. Matlamat kami adalah supaya setiap pelanggan akan 110% berpuas hati,
  • Jika anda ingin pertukaran atau pengembalian dana, anda perluhubungi kami dalam masa 48 jam dari pakej yang sedang dihantar. Jika anda email kami dalam masa 48 jam selepas menerima item anda, tetapi tidak mendapatkan respon, jangan bimbang kerana tuntutan anda masih diterima dan kami akan menghubungi anda secepat mungkin. Anda diminta untuk menghantar item yang tidak diinginkan kembali kepada kami dalam masa 14 hari.
  • Sila ambil perhatian, item tersebut harus dikembalikan dalam KONDISI SEMPURNA, sama seperti ketika anda menerimanya. Jika item rosak, tergores atau jika ada bukti bahawa barang itu telah digunakan, kita tidak boleh menerima kembali.
  • Jika anda ingin wang anda dikembalikan, wang pulangan 100% dari harga yang anda bayar akan dikurangkan sebanyak 1,800 yen untuk kos pentadbiran. Ini adalah untuk kos pembungkusan dan pemeriksaan barang yang dikembalikan, pertukaran pada produk, order databases dan pulangan wang kredit/debit card. Hal ini juga berlaku jika anda ingin pengembalian dana pada produk yang cuba dihantar tapi pakej tersebut tidak dituntut dan dikembalikan kepada kami.
  • Jika anda ingin membuat pertukaran, anda akan diminta untuk mengembalikan produk kepada kami. Anda boleh membuat tempahan baru untuk produk yang anda inginkan dan kami akan menghantarkan kepada anda. Setelah kami menerima produk yang anda kembalikan, wang pulangan 100% dari harga yang anda bayar akan dikurangkan sebanyak 1,800 yen untuk kos pentadbiran. Ini adalah untuk kos pembungkusan dan pemeriksaan barang yang dikembalikan, pertukaran pada produk, order databases dan pulangan wang kredit/debit card..
  • Perubahan harga produk tidak akan menjejaskan wang pengembalian yang anda terima. Berdasarkan kadar pertukaran wang yang sering berubah, jumlah yang akan dikembalikan mungkin kurang atau lebih sedikit dari harga asal apabila wang pengembalian dipulangkan.
  • Dalam hal pertukaran atau pengembalian wang, anda akan perlu membayar kos penghantaran kembali dan kami hanya menerima kembali produk melalui mail biasa atau Pos Nasional anda. Kami tidak menerima pengembalian yang disampaikan oleh UPS, Fedex, DHL atau syarikat penghantaran lain kerana pemeriksaan kustom mereka yang ketat.
  • Ketika kembalikan produk yang anda order untuk pertukaran atau pengembalian wang, sila sertakan nota di dalam pakej dengan nama anda, alamat, alamat e-mel, nombor order, alasan kerana dipulangkan dan apakah anda ingin menukar produk atau pengembalian wang. Kemudian hantarkan pakej ke alamat di bawah ini.
  • Sila berikan kami masa antara 2 - 3 minggu untuk pengembalian wang kepada kredit atau kad debit anda..

∧ Kembali